Free Website Hosting
saiful


pegawai: kenapa awak berminat nak jadi polis

tenuk: yelah cik sekarang ni bukan senang nak cari kerja cik, bapak saya ckp keja kerajaan macam jadi polis ni terjamin dan menjamin cik.

pegawai : betul ke?

pegawai : kalau awk diterima , cawangan apa yang awk minat ?

tenuk: mmmm gerak khas

pegawai:kenapa ?

tenuk: sbb ada abby abadi, norman, sarjan misai dannnnn yang best sekali ada elli mazlin.

pegawai: mmmm saya rasa awk ni elok dapat cawangan hiburan polis nih , tapi takpelah , apa kelebihan atau kepakaran yang awk sumbangkan kepada pdrm?

tenuk : saya ni, terrer la menakut nakutkan orang masa kecik kecik dulu pun ada main polis and thief yang nyorok nyorok, cari tu mmm kira ok la kan? saya pun selalu gak jalan jalan cari makan , so nanti boleh la saya buat siasatan sambil usher tempat mana yang best untuk lepak , ala tok jgn tanya banyak la amik je saya saya ni macho untuk pakai pakaian pdrm la.....

pegawai : macam ni lah awk balik dulu nanti apa apa hal saya cal


tenuk: eh eh macam interbiu kat syarikat swasta plak ekk, main nanti cal cal. jgn la buat saya macam menanti buah yang tak gugur, kalau padi katakan padi cik baru saya tak tertampi tampi , kalau jadi katakan jadi....katakan jadi tidak hamba ternanti nanti.
pegawai 
 dalam hati pegawai polis tu " haruskah aku tertawa" ohh tidak sila control hensem) lebih kurang lah , skang aku kira 1 sampai 5 kau hilang lah dari pandangan mata aku sebelum aku kena heart attact'

tenuk : iyo lah pakcik den tau den ni sapo!
saiful



Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin.
“Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu,
berapa ekorkah yang tinggal?”. Amin menjawab “Tidak ada yang tinggal
cikgu”.

“Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir” balas guru tersebut.

Amin kemudian berkata “Boleh saya tanya cikgu pulak?”. Cikgu tadi mengangguk setuju.

“Tiga
orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas
aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat
kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada
aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?”

Gurunya dengan teragak-agak menjawab “Wanita kedua!”.

“Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir” balas Amin dengan selamba.
saiful



“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi Liza lembut.

“Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”


Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?”


“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin berkata kepada isterinya tercinta.


Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.


Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.


“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang,20 Liza takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Liza?tak ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.


“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa….” Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.


Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ….di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!


“Usin….bangun Sin,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.


Emaknya memandang Usin tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.


PANGGG!!


Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? “Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….


…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
saiful



Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa
yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.'Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh
kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti
membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'. Kata si suami 'yerr kerr?'
Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg?
sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ...........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'
saiful



Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya #%*#$ sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya “takde otak”. Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.