Free Website Hosting
saiful


Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi
kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran &
Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba
membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan
alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu
berminat sekali. "Cabut pin ini seperti mencabut pin
bom tangan," pegawai itu menerangkan. "kemudian tekan
di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai
itu lebih lanjut.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi
kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal
kebakaran di tempat letak kereta. Disebabkan
kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat
pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya
memberikan klunya, "Ingat !, seperti bom tangan.".
Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja
restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera
mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke
dalam kawasan kebakaran tersebut.


 
saiful



Seorang doktor wanita yang cantik dari bandar
melakukan satu kajian kesihatan di sebuah kampung.
Ketika hampir semua penduduk kampung sudah berkumpul
di dalam dewan itu, doktor wanita itu mula bertanya.

Doktor : Menjaga kesihatan haruslah dimulakan dengan
kebersihan gigi.Saya ingin tahu, berapa kali,
pakcik-pakcik gosok gigi dalam sehari?
Pak cik Ali : (malu-malu) bagi pak cik, cukuplah sekali sehari.
Pakcik Rizal : Sekali sahaja! Saya 3 kali sehari.
Doktor : Bagus bila masanya, pak cik menggosok gigi?
Pakcik Rizal : Pagi sebelum mandi. Petang, selepas
balik dari sawah, dan malam, sebelum tidur.
Pak cik Azwan : 3 kali sahaja sudah sombong. Saya 12 kali!
Doktor : Wah macam mana pak cik gosok gigi sampai 12 kali?
Pak cik Azwan : Januari sekali, Februari sekali, March sekali........
saiful



Perkahwinan Sebuah Perkongsian, Ahmad dan Siti sudah
lama hidup berumahtangga. Semua perbelanjaan, kereta,
rumah dan lain-lain semuanya hasil perkongsian
bersama. Malangnya Ahmad tidak pernah berkata
begitu.Sebaliknya mengatakan semua harta benda
tersebut adalah hasil duitnya. Sehingga timbul
perasaan tidak puas hati pada Siti.

Suatu hari isterinya menegur Ahmad.

Siti : Abang ni apa la. Bila orang tanya kereta
siapa.Abang asyik kata kereta abang yang punya.Hampir
semua harta dalam rumah ini. Abang kata abang yang
punya.
Ahmad : Habis! Abang nak kata apa ?
Siti : Abang kata la harta kita. Katalah kita yang
punya.
Ahmad : eemmmm ok la.

Selang seminggu.

Siti : Dari tadi Siti tengok abang tercari-cari
sesuatu. Abang cari apa?
Ahmad : Abang cari seluar dalam kita. Siti nampak tak?
Siti : @#$%^*$%@#@%^^@

 
saiful



Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor
katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji
lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan
oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak
dan menyebut "LOMPAT!" kemudian katak itu melompat 4
kaki jauh.

Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4
kaki,lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis memotong 2
kaki katak dan menyebut "LOMPAT!" Katak melompat 2
kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2
kaki jauh.

Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia
menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat, kemudian dia
menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak
tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku
ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah
pendengaran.
saiful





Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk
berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga
adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil
lagi.

Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.

Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan
sesiapa saja kecuali Robert.

Suzy: Tapi mengapa?

Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya
adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada
ibunya.

Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.

Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh
kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.

Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik
beradik kan tak boleh kahwin.

Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm. Ayah kamu pun tak tahu
kamu bukan anaknya.

Suzy: Ha!!??!!