Free Website Hosting
saiful



Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin.
“Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu,
berapa ekorkah yang tinggal?”. Amin menjawab “Tidak ada yang tinggal
cikgu”.

“Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir” balas guru tersebut.

Amin kemudian berkata “Boleh saya tanya cikgu pulak?”. Cikgu tadi mengangguk setuju.

“Tiga
orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas
aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat
kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada
aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?”

Gurunya dengan teragak-agak menjawab “Wanita kedua!”.

“Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir” balas Amin dengan selamba.
saiful



“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi Liza lembut.

“Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”


Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?”


“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin berkata kepada isterinya tercinta.


Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.


Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.


“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang,20 Liza takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Liza?tak ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.


“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa….” Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.


Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ….di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!


“Usin….bangun Sin,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.


Emaknya memandang Usin tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.


PANGGG!!


Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? “Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….


…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
saiful



Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa
yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.'Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh
kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti
membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'. Kata si suami 'yerr kerr?'
Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg?
sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ...........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'
saiful



Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya #%*#$ sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya “takde otak”. Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.
saiful



Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala.
Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya,
Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja? Yalah Semaun,
kepala aku ni sakit sangat! kata bos.

Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila

balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium
saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami
bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun
patut buat macam tu juga, terang Semaun. Betul ke? Kalau
macam tu, jom kita pergi jumpa isteri engkau sekarang
jugak!!!
saiful



Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu
sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis
teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?


Amin : Saya datang untuk ujian darah.


Lias : Awak takut ke?


Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan,

mereka telah terpotong jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Lias menangis.)


Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?


Lias : Saya datang untuk ujian air kencing. 

 
saiful
gambar-gambar toilet signboard yang best


saiful



Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari
gurunya untuk menerangkan erti politik. Kerana belum
memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa
erti politik itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif

memberikan penjelasan, Baiklah nak, ayah akan cuba
menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang
bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah
adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi
kita menyebutnya Pemerintah.

Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita

anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan
dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi,
kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan
hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh
kamu fahami. Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur
sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya.

Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar

adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di
tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya
dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak
ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji.
Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan
melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang
gajinya.

Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil

berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti
politik. Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia
mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan
menulis pada buku tugasnya sebagai berikut :

Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas

Pekerja, Pemerintah tertidur lelap nyenyaknya,
Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan
yang menyedihkan. 


saiful



Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis
menahannya. Rahim menurunkan tingkap kereta nya dan
bertanya kepada polis tersebut.

Rahim : Ye Encik, ade ape masalah??


Polis : Erm..takde pape, saya telah memerhatikan cara

pemanduan encik. Hari ini adalah hari bertuah encik
kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak
RM5,000 kerana dianugerah pemandu terbaik. Tahniah!erm
encik akan buat ape dengan wang ini nanti?

Rahim berfikir sejenak lalu die pun berkata


Rahim : Erm saye rase saya nak gune duit ni untuk wat

lesen kereta lah.

Mahmud yang duduk disebelahnya menyampuk percakapan si

Rahim.

Mahmud : Oo..encik polis jangan dengar ape yang die

kate. Die nie bengong sikit kalau dah mabuk todi.

Si Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam

kekecewaan.

Leman : Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kete

curi nih!!

Seketika itu, kedengaran pulak dari bonet belakang

kereta di ketuk dan terdengar seseorang berkata Pak!!
Pak!! udah sampe ke belom? 


saiful



Suatu hari ada seorang penyelam sedang menyelam di dalam
lautan. Dia menyelam dalam kedalam 20 kaki bawah paras
air. Sedang die menikmati permandangan di dalam lautan
tersebut, die terserempak dengan seorang lelaki berenang
pada kedalaman yang sama dengan nya. Yang peliknya beliau
langsung tidak mempunyai kelengkapan menyelam.

Penyelam tersebut menyelam ke dalam 10 kaki lagi dan

lelaki tersebut mengikuti nya seminit kemudian. Kemudian
penyelam itu menyelam sedalam 15 kaki pula dan seminit
kemudian lelaki tersebut pun muncul. Penyelam itu
mengeluarkan papan kapur kalis air dan menulis kepada
lelaki tersebut bagaimana anda menyelam tanpa
kelengkapan oksigen?? Dan lelaki tersebut memadam apa
yang penyelam itu tulis lalu menulis "aku lemas la
bongok!!!" 


saiful
semalam bersamaan ahad (4/4/10), aku pergi untuk melihat formula 1 di Sepang buat pertama kali bersama cousin aku. Dengan mendapat tiket yang berharga RM1200 setiap satu hasil daripada memujuk abang ipar aku untuk mendapatkan tiket tersebut dari petronas. Secara kebetulan bos abang ipar aku tu tak nak pergi so die pon terus ambik n bagi kat kiteorang. Eppy gile dapat tiket tu coz tiket tu seat die kat main grandstand blkg skit je dari garis Start/Finish. So aku adela amek beberapa pic sebagai kenangan. Tapi seriously memang seronok sangat2 dapat tgk F1. Da la tiket antara yang termahal n dapat free lak tu. Siap mkn free lg tapi memang dikelilingi oleh staff petronas je la kan. huhuhu...

 kesudahannya sampai sekarang telinga kiri aku tak brape boleh dengar coz tak pkai earplug. pdan muke aku. hahahaha.



saiful




Ketika balik dari bekerja shift malam, Azwan telah
diserang hendap oleh seorang penyamun.Kerana tidak
mahu mengalah, Azwan cuba melayan penyamun itu.

Tapi, Azwan kalah dan penyamun itu terus menyeluk

kedalam sakunya untuk mencari duit dan barangan yang
berharga. Apa yang dijumpai hanyalah duit RM 1.00 !

Pencuri itu tidak berpuas hati, lalu bertanya kepada

Azwan

Penyamun : Kau bergelut bermatian dengan aku kerana

semata-mata nak selamatkan RM 1.00 ini saja?

Azwan : Laaa... kau cuma hendak RM 1.00 tu je ke? Aku

ingatkan kau nak rompak duit RM 1000.00 yang aku
sembunyikan dalam kasut aku ni.
saiful
kucing yang hebat

pekerja contoh

ade bumber tp kereta lowed

uncle KFC tinggal rangka

wajah ceria

tattoo trend sekarang

nyam-nyam

awek hot