Free Website Hosting
saiful



Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan
seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang
suatu masalah pada dirinya.

Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya

lembab. Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa
otak seseorang itu lembab?

Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak

mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.

Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor?


Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar

mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar
sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada
pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?

Pak Pandir: Mmmm...Tukar soalan lain boleh doktor?


Doktor: ??? 

 
saiful



 

Orang Asli : Selamat pagi tuan.

Polis : Selamat pagi! Apa hal!


Orang Asli : Saya nak buat report tuan.


Polis : Pasal apa tu?


Orang Asli : Kawan saya di baham harimau.


Polis : Pukul berapa?


Orang Asli : Takde nye pukul-pukul tuan, nye terkam terus!


Polis : Habis?


orang Asli : Tak habis tuan, tinggal kepala ngak boleh makan.


Polis : #$%&^@*!!



saiful



Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa
kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir
terasa hendak buang air besar.

Oleh kerana tiada sesiapa
bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam
kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat
ditahan-tahannya lagi.

Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.

"Hmmm...baik
budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan
mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke
rumah.

Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik
betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir
memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi,
mungkin dia nak berehat agaknya".

Mak Andeh pun menurut kata Pak
Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran
Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh
bulu satu badan?"

Jawab Pak Pandir, "Ooohhh....itu tak hairan.
Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung
anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti
muka anak kita!"
saiful



Al-kisah di sebuah kampung di sebuah negeri, tinggalah
sepasang suami isteri yang memiliki seorang anak dara
yang amat cantik sekali. Namanya milah, tapi ilmu
pendidikannya kurang bagus sangat jika nak dibandingkan
dengan gadis-gadis kampung yang lain. Biasa la setiap
insan ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Milah ni memang menjadi siulan jejaka-jejaka dan jantan

miang kat kampung ni. Tetapi sikit pun tak diendahkan
oleh milah. Si milah ni berjiran dengan lebai Haji dan
mak Haji yang mempunyai seorang anak teruna yang alim
lagi warak dan masih tampan muda remaja.

Maka kedua-dua keluarga pun menyatukanlah mereka berdua

dalam upacara perkahwinan yang gilang gemilang. Selepas
semuanya selesai, maka keesokannya mak kepada milah ni
duduk la kat dapur sembang-sembang sambil bagi nasihat
kat anaknya milah yang baru kawin tu.

Emak : Beruntung kau milah dapat kawin dengan si mamat

tu. Bukan tampan dan baik je, tapi bersifat warak
orangnya.Sejuk hati mak dengan bapak ko dapat menantu
macam mamat tu.

Minah : Baik apanya mak? Malam tadi dia siap selak kain

milah dan tindih-tindih milah plak.

Emak : Hah? sama macam bapak ko jugak!. 

 
saiful
Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..
saiful



Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ...

"Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja."

Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"

Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."
saiful



Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."


saiful



Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang
wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan
dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di
sebuah kerusi. “Encik, bolehkan bagi saya duduk? Saya
berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..”. Lelaki tu
pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut.

Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap

rokok, lalu wanita itu berkata, “Encik, boleh ke encik
berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam
ni..”. Lelaki itu pun dgn tersipu2 membuang putung rokok
tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada
wanita itu. Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku,
ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok.

Macam mana aku nak pekena dia pula? Tiba2 angin bertiup,

dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal
pahanya yang putih melepak, maka dgn spotan lelaki itu
berkata “Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik
puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni
tak boleh.
saiful



pak pandir: mak andih.. oo mak andih..
mak andih : ya bang.. awat nya?
pak pandir: rasa nk makan pisang la plak.. wak mai pisang emas kt
dapoq tu..
mak andih : pisang tak masak lagi bang..
pak pandir: laaa.. gas abih dah ka?
mak andih : ????


saiful
pak pandir pandai skit la cakap bahasa inggeris, takat i am sorry, one sampai seven tu biasa bagi pak pandir.

 

alkisah, suatu hari pak pandir jalan-jalan naik keta ngan mak andeh gi kl. tetiba dia telanggar keta orang lain. alamak, orang putih la!, pak pandir mula gelabah, mak mandeh kata relaks abe?(ore klate) kecek la camana pun...

pak pandir pun keluar dari keta, orang putih pun keluar gak, pak pandir pun kata - i am sorry. orang putih tu pun kata - i am sorry 2. pak pandir dengar 2 apalagi dia jawab la - i am sorry 3. orang putih tu penin, dia kata - what sorry 4.

pak pandir apa lagi, dengar 4 dia terus jawab - i am sorry 5. orang putih 2 lagi pening, pastu bini orang putih tu kuar dari keta, dia pun berkata - i thing this man must be sick(6). pak pandir dengar 6 dia jawab lagi dengan selamba - i am sorry 7.....


saiful



Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.

Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."

Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"

"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.


Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. "Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis.

"Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."


saiful



Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya
ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu
nak order apa..maklumlah tinggal terpencil di hujung
kampung. Sedang dia berfikir, datang seorang lelaki
lingkungan 30'an ditepinya. Ahmad namanya. Pak Pandir
pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad
minta.

Ahmad : Bagi Big Mac satu..


Pak Pandir: Bagi Big Mac satu...


Ahmad: Air...Bagi air coke yer...


Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...


Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...


Ahmad: Ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer (masa tu McD boleh merokok lagi)


Pak Pandir : Ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...


Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...


Ahmad : Hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...

takder otak ker?

Nak tahu apa Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:


Pak Pandir: Aper..kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!? 


 
saiful



Azlan sudah hampir sejam duduk disebuah bar sambil
merenung minumannya. Tiba-tiba datang si Mat, si mamat
penyakat. MAt suke menyakat orang tak kire mase dan
waktu. Dilihatnye si Azlan ni hanya merenung
minumannya. Lalu dengan pantas si Mat merampas minumannya
dan meminumnya tanpa rase bersalah. Si Azlan hanya
merenung sedih dan kelihatan seperti ingin menangis.
Lalu si Mat pun berkata.

Mat : Rilek ar bro, gua gurau je tadi.
Biar gua belanja lu air.

Azlan : Bukan aper, harini adalah hari paling teruk
aku. Kau tau? Dah la aku tertido dan bangun lambat pegi
ke ofis. Pastu sampai-sampai, boss aku marah giler terus
pecat aku. Pastu aku nak blah la dari ofis tu. Time aku
cari kete aku, kete aku lak kene curi. Report polis, polis
kate tak boleh wat pe pun. Pastu aku balik la umah naik
teksi. Sampai je umah, aku baru teringat wallet aku
dengan semua credit card aku dan segala macam mak nenek
kad sume ade kat wallet aku tu. Driver teksi yang bijak
tu blah camtu je. Aku masuk umah pastu terus masuk je
bilik, aku nampak bini aku tengah tido dengan aku punye
tukang kebun. Skang aku datang la sini. Aku pikir aku dah
takde semangat nak hadapi sume ni. Aku mahu mati.Tapi kau
rosakkan semuanya.

Mat : Apesal dengan aku plak?

Azlan : Kau bodoh!! Ko minum racun aku ape kes?!!!! 

 
saiful
Apabila anak cina ditanya.....

"Atuk apa nama?'
"Quat Ngo Rat"

"Nenek apa nama?"
"Quat Ley Ter"

"Adik apa nama?"
"Quat Kin Cing"

"Emak apa nama?"
"Quat Goo Seep"

"Ayah apa nama?"
"Quat Ray Sing"

"Abang apa nama?"
"Quat Ley Park"

"U apa nama?"
"Quat Kelen Toong....."
saiful
pada hari jumaat bersamaan 19/3/2010 aku memohon cuti dari bos aku atas alasan untuk menemani abang aku pergi ke uitm puncak alam.

Abang aku pergi ke uitm puncak alam kerana perlu menghadiri temuduga sebagai pensyarah di Fakulti farmasi di sana. Smpai je kt gate Uitm tu kitorang pon tengok keadaan sekeliling. 5 min selepas tu baru la nampak bangunan n kitorang memang terpesona kejap dengan architecture bangunan di sane. Memang cntik sangat2. Kolej di atas bukit manakala fakulti di bawah bukit yang satu lg. aku tengok la budak2 yang nak g kelas that time. pergh memang jauh la korang kene jalan an. tu kalau nak balik dari kelas ke kolej mesti panat sebab kene naik tangge yang memang tinggi. arap2 de escalator kt situ.

pape pon aku memang respect la sape yang design UiTM Puncak alam ni.

ni kolej untuk student2 di sana. memang cntik da macam apartment jer.

ni lak aku aku dewan makan diorang. besar gile lorh

jalan menuju ke fakulti

tangge yang menghubungkan kolej dengan fakulti


 
bangunan fakulti dan kelas





saiful

khamis lepas aku mendapat satu panggilan telefon dari rakan sekolah aku dari filipina. die call sebab die nak meet aku. Perjumpaan bermula di KlSentral jam 6.30 sejurus aku balik umah dari praktikal dan siap mandi. Smpai2 klsentral je rupenye ramai lagi kwn2 aku yg die jemput. kitorang pon lepak la kt Kfc untuk makan sebab da lapar sgt. Sambil berborak time tu aku memang tekejut sgt sebab majoriti kawan sekolah aku suma da bekerja n tak sambung blaja. Yang paling best da ramai kwn aku yg da kawin n da ade anak. Mak Ai! cepat gile korang kawin. memang takde life la nak enjoy2 coz tanggungjawab da besar. hahahaha...

selepas melepak kt KFC si minah filipina ni pon decide nak g layan shisha n kebetulan kawan aku lg sorang de bukak bisnes shisha di kg baru. So pastu kitorang pon plan nak g sane but transport xde. smpai la kul 9.30 baru confirm nak g kg baru sebab da dapat transport. Thankz to abdillah aka mata. Gerak sane tanpe inform membe aku yang bukak kedai shisha tu so memang padah la akibatnya sebab tempat pon tak tau kt ne. So kitorang tepakse tunggu die kat nasi lemak 70sen kt kg baru smpai kul 12 sebab membe aku tu de keje kat tmpat len. tepat jam 12 kitorang gerak g tempat shisha. Si member aku ni pon suh budak die buat 2 shisha untuk kitorang layan tanpa bayar 1 sen pon. caya la kadok. 

lepak punye lepak da dekat jam 1.30.. masalhnya minah filipina ni tak tau sape nak anta. Kitorang tanye la die nak nek pe balik ni. Ngan selambanye die ckp nak nek bus. kitorang gelak habis2 sebab kl ni kul 10 pon bus da takde. Then mula la agenda die memujuk kwn aku yg de kete ni untuk anta die. hehehe cindy2. u memang sempoi la bak memujuk ni. 

Ngan perasaan eppy coz dapat lepak ngan membe lame smpai la aku di rumah dalam jam 2.40. pergh memang penat beb. Smpai jerk trus mandi n cari katil sambil memeluk bantal.

Thankz to all my friends sebab hang out cmni. memang da lame aku tak hang out sebenarnye.
pape pon reunion ni jgn lupe plan elok2 n ajak aku lagi kay.
saiful



Satu hari Chot terbangun malam. Dia rasa nak
terkencing. Dia pun masuk bilik air. Chot sungguh
terkejut bila bukak je pintu, lampu tu terbuka
sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan tutup
pintu, Sekali lagi dia terkejut bila lampu tu
tertutup sendiri.

Cepat-cepat dia kejutkan bini dia yang tengah lena
tidur. Dia pun menceritakan hal yang terjadi padanya
semasa kencing tadi."Abang heran lampu tu terbukak
dan padam sendiri bila abang bukak dan tutup pintu".
Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun
berkata."Abang buat perangai lama dah... KENAPA abang
kencing dalam peti ais lagi HAH????"


saiful


Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di
USA kerana penyakitnya yang agak kritikal.
Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke
bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan
kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang
kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak
bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun
kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk
berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya
dengan susah payah dan berkata : "United Kingdom..."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."

Setelah itu dua-duanya pengsan karena
keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar
dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...".
Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat..."

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian
setelah sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkan
percakapannya."Birmingham..." kata si Mat Saleh.

Dijawab Mamat:"Kuala Kangsar...".pengsan lagi.


Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual.
Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata : "Cancer..."


Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn!"

 
saiful



Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"
saiful



Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati
cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..

"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu
suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di
hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru
si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat
idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat
mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si
nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.
Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???.... .. Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer... .."
saiful





Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL.

Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masuk la...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...

Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. .. biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar... 10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan ... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah...terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...
Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...
Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la..

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek. .. baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu...dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada Mini Cooper; dengan dua tayar depannya pancit
woakakaakakakaakakakkak.....

Moral: Jangan berlagak... dan pastikan sentiasa berunderware. ....
saiful



Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan mengendap itik buat projek…
Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan
di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang
Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…"
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
"Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..".
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".

"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan.
saiful



Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.
Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.
"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul…
saiful



Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?"
Tanya Udin petah.

"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ",
jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.

"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang."
Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!"
Kata Udin dengan girang.

"Sebab apa?"
Tanya Kakak Udin.

"Sebab gatal belakang!"
Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah nak... sebenarnya gatal depan........" 

 
saiful



Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital
ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap
pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal
pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur,
jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor.Lalu
para doktor memutuskan untuk memantau katil
tersebut.Apabila tiba hari Jumaat yang
berikutnya.beberapa doktor bersiap sedia untuk
mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil
tersebut.

Seorang pesakit lelaki yang dilengkapi alat bantuan
pernafasan sedang tidur di katil misteri tersebut.
Masa berputar. Pukul 08:00am.08:30am sehingga jam 9.00
am.tiba-tiba.Pintu bilik ICU itu terbuka.Kemudian
masuklah Makcik Bedah. Seorang pekerja sambilan
sebagai pencuci,yang hanya bertugas setiap hari
jumaat mendekati katil keramat tersebut dan terus
mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan
pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug
vacum cleaner'nya.Doktor-doktor yang memantau terus
pengsan apabila melihat kejadian tersebut.