saiful
Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin.
“Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu,
berapa ekorkah yang tinggal?”. Amin menjawab “Tidak ada yang tinggal
cikgu”.
“Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir” balas guru tersebut.
Amin kemudian berkata “Boleh saya tanya cikgu pulak?”. Cikgu tadi mengangguk setuju.
“Tiga
orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas
aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat
kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada
aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?”
Gurunya dengan teragak-agak menjawab “Wanita kedua!”.
“Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir” balas Amin dengan selamba.
saiful

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa
yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.'Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh
kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti
membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'. Kata si suami 'yerr kerr?'
Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg?
sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ...........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'
saiful
Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.
Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.
Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)
Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)
Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya #%*#$ sangat ke?
Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?
Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya “takde otak”. Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.