Free Website Hosting
saiful



Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa
kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir
terasa hendak buang air besar.

Oleh kerana tiada sesiapa
bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam
kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat
ditahan-tahannya lagi.

Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.

"Hmmm...baik
budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan
mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke
rumah.

Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik
betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir
memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi,
mungkin dia nak berehat agaknya".

Mak Andeh pun menurut kata Pak
Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran
Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh
bulu satu badan?"

Jawab Pak Pandir, "Ooohhh....itu tak hairan.
Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung
anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti
muka anak kita!"
Labels: edit post
0 Responses